Saturday, 22 December 2012

KHASIAT RUMPAI LAUT


INFO TENTANG RUMPAI LAUT DALAM RANCANGAN NONA


PURE MARINE COLLAGEN@IBU KOLAGEN MENTAH



Ini kolagen mentah.. 100% asli dan belum diproses.. memang tiada campuran bahan2 lain.
Ia bukan dalam bentuk serbuk, ni tumbuhan marin yang telah dikeringkan kaya dengan kolagen, tiada bahan kimia langsung..
Tiada side effect yang buruk melainkan kulit makin licin, cerah, tegang dan cantik..

Alami kehebatan 100% KOLAGEN ASLI
* Nilai2 nutrisi kolagen ni 10x ganda lebih tinggi dari sirip ikan yu (satu mangkuk kecil RM 300)
* Khasiatnya sama dengan sarang burung layang2 (RM 400 hingga ribuan ringgit)
* 24% kolagen ni bersamaan 2 keping sarang burung layang2
* Kalsium 37 yang lebih tinggi daripada hati ikan
* PH bernilai 7.6

Jika diamalkan seharian kulit akan nampak semakin cerah/putih, dalam masa seminggu akan nampak kesannya especially pori2 muka akan rapat dan nampak licin.. jadikan ia sebagai masker pun boleh.

Yang paling best, sesuai untuk preggy women utk dapatkan kulit baby yang putih dan kulit cantik

**Bagi wanita yang sedang berpantang & menyusukan bayi, boleh ambil pure collagen ini dengan syarat tidak boleh lebih 5 gram sehari kerana kandungan iron adalah tinggi**


KAEDAH PENYEDIAAN A

Cara Penggunaan :
1. Basuh kolagen mentah, ramas2 seperti basuh beras 5-6 kali
2. Rendam kolagen mentah yang telah dibasuh semalaman
3. Buang air rendaman tadi dan basuh sekali lagi 5-6 kali; toskan
4. Campur dengan 2.5 liter air kosong ke dalam periuk untuk direbus
5. Selepas mendidih biarkan ia sejuk sebelum diletakkan ke dalam bekas dan disimpan dalam peti ais (stok untuk 4 minggu) – simpan segumpal kolagen mentah yang telah direbus tadi (seperti agar2) dalam bekas bertutup ke dalam peti ais untuk dijadikan masker


Cara Pengambilan :
1. Waktu terbaik ambil semasa perut kosong (selepas bangun tidur – sebelum sarapan & sebelum masuk tidur)
2. Ambil air rebusan kolagen dari peti ais (akan jadi seperti jelly), ambil 3 sudu besar dan masukkan ke dalam gelas - boleh juga dicampurkan dengan sunquick/air buah


Cara Membuat Masker :
1. Cuci muka 2-3 kali supaya pori2 di muka terbuka luas
2. Sapu rata gumpalan kolagen tadi di muka (sangat bagus dibuat setiap hari)
3. Biarkan lebih kurang 15 minit atau boleh juga dibiarkan semalaman sebelum dicuci



KAEDAH PENYEDIAAN B
Cara Penggunaan :
1. Basuh kolagen mentah, ramas2 seperti basuh beras 5-6 kali
2. Rendam kolagen mentah yang telah dibasuh semalaman
3. Buang air rendaman tadi dan basuh sekali lagi 5-6 kali; toskan
4. Campur dengan 2.5 liter air kosong ke dalam periuk untuk direbus
5. Masak dengan api yang perlahan dalam 30-45 minit. Kacau sehingga hancur. Boleh juga dicampurkan dengan gula batu atau ginseng
6. Biarkan ia sejuk sebelum diletakkan ke dalam bekas dan disimpan dalam peti ais


Cara Pengambilan :
1. Waktu terbaik ambil semasa perut kosong (selepas bangun tidur – sebelum sarapan & sebelum masuk tidur)
2. Ambil air rebusan kolagen dari peti ais (akan jadi seperti jelly), ambil 3 sudu besar dan masukkan ke dalam gelas - lebih elok dimakan begitu saja
3. Jika masak kolagen tanpa mencampurkan dengan gula batu atau ginseng, boleh juga dijadikan sebagai masker

PERHATIAN :
* Jika boleh elakkan minum kopi, nescafe; minuman yang tinggi kandungan kafein sebab semua tu boleh menyerap dan buang vitamin C, kolagen dan gluthathione (agen pencerah) dalam badan kita..

* Ambil bersama vitamin C untuk kesan yang maksimum & lebih cepat! banyakkan minum air kosong..

APA ITU KOLAGEN


Kolagen merupakan protein semulajadi yang terhasil dalam badan manusia & haiwan.
Ia merupakan komponen utama dalam kulit, rangka, tulang dan rangkaian tisu.

Kulit : Memberi struktur. Berfungsi bersama elastin, agen keanjalan kulit.
Tulang : Memberi bentuk, struktur, kekuatan & fleksibiliti
Salur darah : Komponene utama dinding salur darah (urat, arteri, kapilari)
Rambut : Komponen utama pertumbuhan rambut

Lapisan kulit kita ibarat tilam, dan kolagen seperti 'spring' yang menyokong struktur dalaman kulit.

Selepas bertahun-tahun, 'spring' anda akan mula menjadi lemah dan ia tidak lagi mampu mengekalkan ketegangan dan keanjalannya..Justeru, kedutan, kekenduran dan garis-garis halus akan mula terhasil.

FAKTA TENTANG KHASIAT RUMPAI LAUT (SEAWEED)

  • Membantu menurunkan kolesterol dalam tubuh.
  • Membantu merawat gastrik.
  • Bertindak sebagai Antikulat dan Antibakteria.
  • Membantu menurunkan tekanan darah tinggi.
  • Memberi tenaga dan menguatkan sistem tubuh.
  • Membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah.
  • Membantu merawat penyakit gout. 
  • Memberi tenaga dan menguatkan sistem tubuh.
  • Menguatkan tulang dan sendi.
  • Meningkatkan sel rawan dan otot.
  • Merawat penyakit gaut.
  • Mencegah kanser
  • Merawat Anemia.
  • Menurunkan kolestrol dalam tubuh.
  • Menyerap lebihan garam dalam tubuh(lumpuh).
  • Melicin dan menegangkan kulit serta payu dara (anti penuaan).
  • Memulihara sel-sel kulit mati (jerawat).
  • Menpercepatkan penyembuhan luka.
  • Menstabilkan kandungan gula dalam darah(kencing manis).
  • Membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas.
  • Menberi Kekenyangan(diet).
  • Melancarkan sistem metabolisme.
  • Memulihara usus kecil (sembelit).                                                                   

Rumpai Laut Gred A => Putih / Kuning muda / Coklat muda / Kuning Emas


*Pengeringan cara pengewapan / steam
*warna asal / basah segar adalah coklat  hijau sebelum proses pengeringan

Fasa 1
*warna permulaan kering adalah putih sedikit kekuningan
* umur kesegaran dan warna bertahan dari 1 - 7 hari atau lebih.

Fasa 2
*warna bertukar ke kuning muda
* umur kesegaran dan warna bertahan dari 1 minggu - 1 bulan atau lebih


Fasa 3
*warna bertukar ke coklat  muda
* umur kesegaran dan warna bertahan dari 1 bulan - 5 bulan


 Fasa 4
*warna bertukar ke kuning emas
* umur kesegaran dan warna bertahan dari 5 bulan - 1 tahun lebih


Kesimpulannya, rumpai laut kering ini adalah dari spesis yang sama iaitu
eucheuma cottonii / Tambalang brown green. Sistem pengeringan rumpai laut
yang terbaik dari segi kebersihan dan kualiti kandungan mineral yang kurang dari
rumpai laut kering gred AAA. kemungkinan 60- 70% dari rumpai laut segar
Warna bertukar berperingkat - peringkat  / fasa ke fasa bergantung kepada kering dan lembab cuaca atau suhu persekitaran tempat bilik penyimpanan rumpai laut kering ini.



 

Rumpai Laut Gred AAA => Ungu / Violet / Coklat

*pengeringan cara angin panas / hotwind
*warna asal / basah segar adalah coklat merah sebelum proses pengeringan
*pertukaran warna adalah berperingkat2 / berfasa

Fasa 1
*warna permulaan kering adalah ungu sedikit violet
*warna atau peringkat ini dikatakan bahawa kadar kandungan antioksidanya adalah pada tahap tinggi
* umur kesegaran dan warna bertahan dari 1 - 30 hari atau lebih.


Fasa 2 & 3
*warna permulaan kering adalah ungu sedikit violet akan bertukar sepenuhnya
  kepada violet kemerahan dan coklat muda
* umur kesegaran dan warna bertahan dari 1 - 3 bulan atau lebih


Fasa 4 & 5
*warna daripada violet kemerahan dan coklat muda dari fasa 2 & 3 akan
  bertukar ke coklat dan coklat gelap
*warna atau peringkat akhir ini dikatakan bahawa ia mempunyai kadar serat yang tinggi
* umur kesegaran dan warna bertahan dari 3 - 4 bulan hingga 1 tahun.


Kesimpulannya, rumpai laut kering ini adalah dari spesis yang sama iaitu
eucheuma cottonii / Tambalang red brown. Sistem pengeringan rumpai laut kering
yang terbaik dari segi kebersihan dan kualiti kandungan mineral yang hampir
menyamai asal dalam 80 - 90% dari rumpai laut segar.Warnanya bertukar dari fasa ke fasa bergantung kepada kering dan lembab cuaca atau suhu persekitaran tempat bilik penyimpanan rumpai laut kering ini.


Artikel mengenai seaweed/ rumpai laut merah atau violet


 

MAKLUMAT RUMPAI LAUT



Rumpai Laut

Rumpai laut terkenal sebagai salah satu “superfood orang timur” kerana sifat alkalinenya yang kuat, juga mengandungi kandungan protein yang tinggi disamping beberapa mikronutrien penting, ciri-ciri yang mana mirip seperti bayam.
Secara amnya, rumpai laut ada berbagai jenis  dan species (dipecahkan kepada 3  jenis iaitu algae hijau, algae perang, dan algae merah). Ia tumbuh di kawasan air masin (laut) dan tertumpu pada kawasan yang cetek agar dapat menerima cahaya matahari yang cukup untuk menjalani proses fotosintesis. Memandangkan ia kekurangan sifat seperti tumbuhan yang lengkap (bersifat ringkas), ia memerlukan “sokongan” struktur untuk berpaut dan tumbuh. Itulah sebabnya Rumpai Laut seringkali dilihat tumbuh di kawasan laut yang cetek dan berbatu.
Antara khasiat dan fakta menarik berkenaan Rumpai Laut yang perlu anda tahu:
  1. Iodine yang terdapat di dalamnya dikatakan mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah penyakit seperti Goitre (kelenjar thyroid membengkak).
  2. Mampu merendahkan kadar acidic dalam makanan yang diambil, justeru sesuai dimakan bersama nasi dan lauk-pauk berprotein yang mana kedua-duanya bersifat acidic. Contoh makanan yang menggunakan konsep ini adalah Onigiri dan Sushi.
  3. Kenapa sifat alkaline dalam Rumpai Laut itu tinggi? Antaranya adalah disebabkan kehadiran mineral yang tinggi dan pelbagai di dalamnya, mencukupi untuk keperluan manusia. Tambahan, Rumpai Laut adalah antara tumbuhan yang mempunyai banyak mineral didalamnya jika dibandingkan dengan sayur daratan yang lain. Antaranya ialah kalsium, kalium, zat besi, magnesium, iodine, dan zinc.
  4. Kaya dengan serat, meskipun struktur komposisinya tidak sama dengan tumbuhan/sayur darat. Ini secara langsung mampu mengawal paras gula dalam darah si pemakannya.
  5. Bersifat anti-mutagen dan anti-oksidan, justeru mampu merendahkan kadar kolestrol dan mencegah kedatangan penyakit seperti kanser dan penyakit jantung.
  6. Beberapa jenis Rumpai Laut bertindak sebagai agen detox. Terdapat komponen di dalamnya yang mampu bergabung dengan metal toksik dalam sistem pencernaan kita, lalu dinyahkan secara semulajadi melalui tahi.
  7. Ekstrak Rumpai Laut (Fucoidan) juga digunakan dalam penghasilan pil diet. Pil diet tersebut mampu membuatkan kita rasa cepat kenyang apabila makan dengan sedikit.
  8. Mula diperkatakan dalam dunia kesihatan sejak beberapa puluh tahun yang lalu, sedangkan ia sudah menjadi sebahagian diet orang Timur, terutama yang menetap dipinggir pantai, sejak berzaman lagi.
  9. Meskipun berkhasiat, namun tidak boleh diambil dalam kuantiti yang banyak dan berterusan kerana dikhuatiri akan mengakibatkan keracunan iodine.
  10. Rumpai Laut yang sudah busuk berupaya menghasilkan gas Hidrogen Sulfida. Ianya beracun dan boleh mengakibatkan muntah dan cirit birit.